bckground

Sunday 2 February 2014

akusigadismerah jambu^^v: ada apa dgn valentine day??

akusigadismerah jambu^^v: ada apa dgn valentine day??: Pasangan kekasih yang hangat bcinta x sbar2 menanti tanggal 14 Februari setiap tahun. seakan-akan tidak mahu terlepas peluang menonton way...

ada apa dgn valentine day??

Pasangan kekasih yang hangat bcinta x sbar2 menanti tanggal 14 Februari setiap tahun. seakan-akan tidak mahu terlepas peluang menonton wayang bersama dan bertukar-tukar hadiah. Perbuatan yang tidak sepatutnya dilakukan oleh umat Islam ini sering kali disambut oleh golongan muda kerana inginkan kepuasan. Hakikatnya ia benar2 bercanggah dengan ajaran Islam yang suci dan murni..


Haram menyambut 'valentine day'

buktinya..Jawatan Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal agama Islam Malaysia kali ke-71 yang bersidang pada 22-24 nov 2005 telah memutuskan bahawa amalan merayakan Hari Kekasih tidak pernah dianjurkan agama Islam. Perayaan tersebut mempuyai unsur2 kristian dan amalannya bercampur dengan unsur maksiat adalah bercanggah dan dilarang sama sekali dalam Islam.


Kebanyakan media lebih bnyk bt promot utk 'menggalakkan' berbanding 'mencegah' 

bukan sehari,malah sebulan sebelum tarikh 14 Februari,rata2 media sosial, televisyen, radio, mahupun surat khabar suda mula mbuat promosi sekali gus menggalakkan sambutan valentine day..kesannya,berlakulah adegan maksiat. tak ada specialnya pun hari kekasih..hanya merosakkan akhlak dan akidah remaja Islam.


Allah berfirman dalam surah al-Khafirun ayt 1-6 yg brmaksud..
"katakanlah wahai (wahai Muhammad):Hai orang kafir. aku tidak menyembah apa yang kamu sembah dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) apa yang aku sembah. dan aku tidak beribadat secara kamu beribadat dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat. Bagi kamu agama kamu,dan bagi aku agamaku." 


Berkahwinlah,hari2 adalah hari kekasih..


sewajarnya umat Islam itu sendiri memahami lebih tepat betapa luasnya kasih sayang dan cinta. Bukan sekadar perasaan cinta kepada pasangan kekasih. Islam sebagai agama fitrah dan sempurna sentiasa menganjurkan kasih syang dalam kalangan umatnya..

Islam tidak melarang umatnya memiliki 'buah hati', tetapi biarlah ia bertujuan penting untuk mendapatkan hubungan yang halal selamanya. bukankah pahala dan redah Allah itu yang dicari?? jika itu niat utama anda, maka pilihlah jalan yang benar. Bukannya melakukan sesuatu yang dilarang oleh-Nya.

Ingaattt..!!menzahirkan kasih sayang kepada kekasih hati perlulah ada batasan dan selaras dengan fitrah manusia. kasih sayang di antara dua jantina berbeza tidak boleh hanya dengan janji manis di bibir. Namun, ia memerlukan kepada ikatan yang sah demi menjamin zuriat, akhlak, dan peribadi yang baik. Ikatan itu adalah ikatan perkahwinan. Berkahwin terlebih dahulu. Kemudian berkasih sayanglah,bkepitlah setiap hari heee. itu lebih afdal dan molek. inilah gaya kita,gaya Islam =)





Tuesday 21 January 2014

Saturday 28 December 2013

durian cheese cake..YUUMMYYY!!! jom try






BAHAN2~

  1. Bahan Isi durian dari 5 biji durian yang sedang 250 mg
  2.  biskut digestive 100 mg
  3.  mentega 2 sudu besar
  4. air panas 
  5. 1 sudu besar gelatin powder 
  6. 500 g cream cheese
  7. 1 cawan cream pekat ( whipping cream ) 
  8. 3/4 cawan gula castor 
  9. 1/4 cawan susu pekat
CARA~


 Cara Hancurkan biskut digestive sehingga hancur, tambahkan mentega yang telah dicairkan sedikit demi sedikit.. Sehingga biskut leroi.. Masukkan kedalam loyang dan di tekan sehingga padat, simpan dalam peti ais beku selama 1/2 jam Pukul cream cheese, cream pekat, gula castor sampai kembang... Masukkan susu pekat dan gelatin.. Pukul lagi Kemudian.. Masukkan isi durian.. Kacau sehingga bercampur.. Masukkan kedalam loyang yang telah ada biskut digestive tadi.. Angkat loyang tadi dan lepaskan perlahan2 agar cream durian sekata.. Simpan dalam peti sejuk beku semalamam.. Siap di makan.. Sangat sedap.. rsa macam di secret receipe lak.. Ehehehe..

Friday 27 December 2013

PESANAN RASULULLAH S.A.W. UNTUK PENGANTIN

hujung tahun nie rmai yg nk mndirikan rmh tangga...bpusu-pusu kad kawin smpai kat rmh,waa,alhamdulillah..barakallah,smoga berkekalan till jannah ya..rsa jales pun ada jgak..heeee :p sbnarnya..sya juz nk kogsi smething yg sya bru tbaca ttg PESANAN RASULALLAH untk bakal2 raja sehari nie.. 

PESANAN RASULULLAH S.A.W. UNTUK PENGANTIN 


 ADAB UZ-ZIFAF Ahmad telah menceritakan :
 "Telah menceritakan kepada kami oleh 'Amru bin Hafsah dan Abu Naardari Muhammad bin Al-Haitham dari Ishak bin Hanjih, dari Husaif dari Mujahid daripada Al-Khudri yang berkata

: "Rasulullah s.a.w. telah berwasiat kepada Saidina Ali bin Abi Talib r.a di mana baginda telah bersabda : Wahai Ali, bila pengantin perempuan masuk ke dalam rumahmu, maka (suruh ia) tanggalkan kasutnya ketika ia duduk dan (suruh ia) membasuh kedua-dua kakinya. Maka sesungguhnya apabila kamu berbuat demikian Allah mengeluarkan tujuh puluh (70 ) jenis kefaqiran dari rumah kamu dan Allah s.w.t. menurunkan tujuh puluh ( 70 ) rahmat yang sentiasa menaungi di atas kepala pengantin sehingga sentiasa keberkatan itu meratai setiap penjuru rumahmu dan pengantin itu sejahtera dari penyakit gila, sawan (gila babi) dan sopak selama mana ia berada di dalam rumah tersebut.

 Laranglah pengantin itu daripada memakan dan meminum empat ( 4 ) jenis makanan ini pada minggu pertama perkahwinan iaitu :
 1. Susu 
2. Cuka 
3. Coriander (Ketumbar) 
4. Apple Masam

 Saidina Ali r.a bertanya : "Wahai Rasulullah, mengapakah empat jenis makanan ini di larang?"

 Baginda s.a.w. menjawab : "Kerana rahim perempuan itu kering dan sejuk, dengan sebab dari empat perkara (makanan) ini untuk menghalang dari dapat anak. Sesungguhnya tikar di penjuru rumah adalah lebih baik daripada perempuan yang tidak dapat anak" 

Saidina Ali r.a ! bertanya : "Wahai rasulullah, mengapakah cuka itu di larang? (semasa haid dan semasa minggu pertama perkahwinan)"

Baginda s.a.w. menjawab : "Apabila ia minum cuka semasa haid, sesungguhnya haidnya itu tidak akan bersih selama-lamanya secara sempurna"

 "Mengenai Coriander (ketumbar) ia mengganggu haid di dalam perutnya dan menyukarkan kepadanya kelahiran" "Tentang Apple masam, ia memotong haid sebelum masanya maka menjadikan haid itu berlalu begitu saja dengan sebabnya" Wallahu A'lam

Wednesday 11 December 2013


couple vs bcinta...ada beza x??




Haticouple..da mcm virus yg da luas merebak d kalangan rmaja skg..
hmm..tp klau atie dh cayangg nk bt mcm mna kan2??Menangis
ok2..rilek...lets see,beza antra couple n bcinta..pada pandangan saya la..couple dan bercinta tu..beza kot..sebab ada pasangan yang couple tapi pada hakikatnya mereka tak menyintai 1 sama lain..hanya dorongan nafsu semata2..tu la kadang2 mereka ni 'touch n go'..bila da dapat apa yang mereka mahukan mereka akan say gud bye je la kat kita..kcian kan?tapi berlainan pulak ngan bercinta..sebab bila kita cintakan seseorang, automaticly kita akan jaga hubungan tu supaya sentiasa diredhai Allah dan kita nak buat yang terbaik pd pasangan kita..sebabnya kita sayangkan pasangan kita tu..kan3,stju x??Senyuman Lebarheeeeeee...

Hal sebegini disedari dengan baik oleh para sahabat. Dalam suatu kisah yang melibatkan Sayyidina Umar sendiri diceritakan bahawa telah datang kepadanya seorang lelaki dan berkata: “Wahai Amir Mukminin, sesungguhnya aku telah melihat seorang perempuan lalu aku jatuh cinta kepadanya”. Lalu Sayyidina Umar Bin Khattab berkata: “Itu adalah perkara yang tidak mampu dikawal”. Rujuk Al-Jawab Al-Kafi oleh Ibnul Qayyim, m/s 164, cetakan Darul Kutubil Ilmiyyah.
Islam datang bukan untuk berkata: “Jangan menyintai dan buang perasaan cinta itu”, tetapi datang dengan mengajarkan kita bahawa andainya kamu jatuh cinta, maka barhati-hatilah agar cinta itu tidak membuatkan kamu terpesong daripada kebenaran.

Sememangnya manusia itu akan mudah jatuh cinta kepada sesiapa yang berkongsi keserasian dengannya, bak sabda Nabi dalam sebuah hadith:

(الأرواح جنود مجندة فما تعارف منها ائتلف وما تناكر منها اختلف(. أخرجه البخارى (3/1213،3158).

Maksudnya: (Roh-roh itu adalah ibarat tentera yang saling berpasangan, mana-mana roh yang secocok maka roh-roh itu akan bersatu, mana-mana roh yang tak secocok maka roh-roh itu akan berselisih). Dikeluarkan oleh Imam Bukhari (3/1213, no 3158).
selain itu Allah bfirman:

وَمِنْ آيَاتِهِ أَنْ خَلَقَ لَكُم مِّنْ أَنفُسِكُمْ أَزْوَاجًا لِّتَسْكُنُوا إِلَيْهَا وَجَعَلَ بَيْنَكُم مَّوَدَّةً وَرَحْمَةً إِنَّ فِي ذَلِكَ لَآيَاتٍ لِّقَوْمٍ يَتَفَكَّرُونَ

"Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir." [QS Ar-Rum: 21].
 Jatuh cinta adalah perkara yang tidak mampu dikawal, hal itu terletak pada kuasa Allah mungkin ia dtg sb da mmg jodoh kta atau Allah skadar ingin mnguji..dan Allah tidak akan menzalimi hambaNya dengan membebankan mereka dengan perkara-perkara yang tidak mereka mampu utk menghadapinnya. 
kalau mampu dan dah tiba masanya, kawin je lah.. =) Mudahnye Islam.. Masyaallah!
sekian,yg baik dtg drp Allah,yg x baik dr dri sya..klau ada silap dn slh hrap dperbtulkan..Assalam..TenangHati