Pasangan kekasih yang hangat bcinta x sbar2 menanti tanggal 14 Februari setiap tahun. seakan-akan tidak mahu terlepas peluang menonton wayang bersama dan bertukar-tukar hadiah. Perbuatan yang tidak sepatutnya dilakukan oleh umat Islam ini sering kali disambut oleh golongan muda kerana inginkan kepuasan. Hakikatnya ia benar2 bercanggah dengan ajaran Islam yang suci dan murni..
Haram menyambut 'valentine day'
buktinya..Jawatan Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal agama Islam Malaysia kali ke-71 yang bersidang pada 22-24 nov 2005 telah memutuskan bahawa amalan merayakan Hari Kekasih tidak pernah dianjurkan agama Islam. Perayaan tersebut mempuyai unsur2 kristian dan amalannya bercampur dengan unsur maksiat adalah bercanggah dan dilarang sama sekali dalam Islam.
Kebanyakan media lebih bnyk bt promot utk 'menggalakkan' berbanding 'mencegah'
bukan sehari,malah sebulan sebelum tarikh 14 Februari,rata2 media sosial, televisyen, radio, mahupun surat khabar suda mula mbuat promosi sekali gus menggalakkan sambutan valentine day..kesannya,berlakulah adegan maksiat. tak ada specialnya pun hari kekasih..hanya merosakkan akhlak dan akidah remaja Islam.
Allah berfirman dalam surah al-Khafirun ayt 1-6 yg brmaksud..
"katakanlah wahai (wahai Muhammad):Hai orang kafir. aku tidak menyembah apa yang kamu sembah dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) apa yang aku sembah. dan aku tidak beribadat secara kamu beribadat dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat. Bagi kamu agama kamu,dan bagi aku agamaku."
Berkahwinlah,hari2 adalah hari kekasih..
sewajarnya umat Islam itu sendiri memahami lebih tepat betapa luasnya kasih sayang dan cinta. Bukan sekadar perasaan cinta kepada pasangan kekasih. Islam sebagai agama fitrah dan sempurna sentiasa menganjurkan kasih syang dalam kalangan umatnya..
Islam tidak melarang umatnya memiliki 'buah hati', tetapi biarlah ia bertujuan penting untuk mendapatkan hubungan yang halal selamanya. bukankah pahala dan redah Allah itu yang dicari?? jika itu niat utama anda, maka pilihlah jalan yang benar. Bukannya melakukan sesuatu yang dilarang oleh-Nya.
Ingaattt..!!menzahirkan kasih sayang kepada kekasih hati perlulah ada batasan dan selaras dengan fitrah manusia. kasih sayang di antara dua jantina berbeza tidak boleh hanya dengan janji manis di bibir. Namun, ia memerlukan kepada ikatan yang sah demi menjamin zuriat, akhlak, dan peribadi yang baik. Ikatan itu adalah ikatan perkahwinan. Berkahwin terlebih dahulu. Kemudian berkasih sayanglah,bkepitlah setiap hari heee. itu lebih afdal dan molek. inilah gaya kita,gaya Islam =)
No comments:
Post a Comment